Wednesday, June 4, 2014

Hilangkan Kutu Kucing Cara Mudah Berkesan Dan Murah

Anak bulus anda ada kutu? Meh saya kongsikan tips hilangkan kutu kucing cara mudah berkesan dan murah. Lepas buat anda akan nampak kutu mati atau pengsan.  Ciko hilang selama 13 hari dan balik dalam keadaan kotor & kurus. Bila saya mandikan dia, mak aiiihhhh meremang tengok banyaknya kutu. Terus saya google tips hilangkan kutu. Saya jumpa cara ni & buat, Alhamdulillah memang berkesan.

Hilangkan Kutu Kucing Cara Mudah Berkesan Dan Murah
Meh saya cerita serba-sedikit pasal anak bulus saya. Asalnya saya ada seekor kucing Parsi jantan, Ciko namanya. 1 Mei 2014 Ciko hilang waktu saya pergi bercuti. 3 hb bila saya balik rumah baru tahu Ciko dah takde. Sebab kesian tengok saya dok meroyan sebab hilang anak, 4 Mei 2014 suami saya belikan seekor kucing American Short Hair betina untuk saya, yang anak saya namakan Jijie sempena nama kuda yang dia naik waktu kat Fraser Hill.
Tak disangka-sangka, pagi tadi kami jumpa Ciko semula. Lepas Ciko balik, saya terus mandikan dia. Waktu sabunkan Ciko saya nampak kutu. Meremang bulu roma sebab geli. Mana tak geli, kutu tu bergerak-gerak kat bulu Ciko. HIDUP! Waktu saya keringkan bulu Ciko dengan hair dryer, kutu-kutu dia terbang. Terus saya stop sebab dah tak tahan geli & asingkan Jijie sebab takut berjangkit kutu Ciko. Saya tahu kutu kucing tak boleh hidup kat badan atau kepala manusia  tapi kutu kucing boleh terus hidup kat karpet, sofa, perabot & kawasan rumah. Nak ke rumah kita jadi sarang  kutu? Lagi pun kesian tengok kucing dok tergaru-garu sebab gatal. Dan jangan lupa, kutu kucing pun boleh menggigit manusia. Katanya gatal merenyang kalau kena gigit.
Jenuh saya google cara hilangkan kutu & tak semuanya saya sanggup buat. Contohnya:
  • Sapu minyak kapak kat seluruh badan kucing.
  • sapu minyak telon kat seluruh badan kucing.
  • Sembur bulu kucing dengan racun serangga ( i was like, really? )
  • Mandikan dengan clorox  >_<
  • Mandikan dengan sabun basuh
  • Asapkan dengan lingkaran ubat nyamuk
  • Asapkan dengan kemeyan?

Dan banyak lagi cara yang saya tak sanggup nak buat kat Ciko. Kecuali satu tips yang saya rasa munasabah untuk dicuba.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk hilangkan kutu kucing cara mudah berkesan dan murah
Anda memerlukan:
1. Garam
2. Cuka makan
3. Syampu anti kutu untuk kucing
Cara-caranya:
1. Campurkan garam & air panas didalam satu besen kecil. Letak tepi. Air garam ni kita akan guna untuk bilasan terakhir.
2. Ambil satu besen yang sederhana besar, muat-muat untuk rendam kucing kita. Masukkan 2 sudu cuka + syampu. Saya gunakan syampu anti kutu & syampu lavender bagi wangi. Selalunya saya memang mandikan kucing saya dengan 2 syampu ni. Penuhkan besen dengan air suam.

3. Ambil kucing, tanggal baju dia. Ok...gurau je. Kucing tak pakai baju. Ambil kucing, kiss & gomol dia seminit dua. Lepas tu rendamkan kucing kita ke dalam besen tadi. Kalau kucing anda jenis yang tak suka mandi, bersiap-sedialah untuk kucing anda meronta-ronta. Silap hari bulan kena cakar. Pujuk kucing dengan lembut. Usap-usap kepala dia. Rendam kucing dalam air sabun tu sekurang-kurangnya 5 minit sambil gosok-gosok bulu kucing untuk pastikan sabun tu sampai ke kulit kucing. Biar kutu-kutu tu mati lemas atau sekurang-kurangnya pengsan. Tapi jangan sampai kucing kita lemas atau pengsan pulak. Dan  pastikan air sabun tadi tak masuk ke mata & hidung kucing, kesian dia.
4. Keluarkan kucing dari besen. Bilas dengan air suam. Kalau kucing anda jenis berbulu panjang, kena bilas lebih sikit. Waktu ni boleh nampak kutu-kutu hanyut dibawa air. Errrkkk geli ok! Dah habis sabun kat badan kucing, bilasan yang terakhir pastikan guna air garam yang kita sediakan tadi. By the time nak guna mesti air tu dah suam-suam kuku, selesa untuk kucing.
5. Toskan kucing. Lap dengan towel bersih. Waktu ni kutu-kutu yang dah mati lemas atau pengsan akan berguguran jugak. Sorry takde gambar kutu sebab saya geli.
6. Keringkan kucing. Saya guna hair dryer. Sambil keringkan tu tangkaplah mana-mana kutu yang dijumpai. Kutu-kutu tu majoriti duduk senyap je sebab dah mati atau tengah lalok. Kurang sikit geli saya, berbanding tengok kutu hidup bergerak-gerak. Bedakkan bagi wangi. Kemudian saya mandikan Jijie pulak, dengan air sabun bercuka tadi. Sebab takut ada seekor dua yang dah melompat ke badan Jijie.
7. Lepas tu saya basuh towel yang digunakan untuk mengelap anak-anak bulus saya. Rendam dulu dalam sepuluh minit sebelum bilas. Mak aihhh...memang ada kutu yang melekat kat towel. Kat dalam air pun terapung je. Semua dah arwah.

8. Alang-alang dah membasuh, saya basuh sekali buai & bantal dorang sebab tadi sebelum mandi Ciko sempat landing kat atas dua benda ni. Oh ya....jangan lupa tukar air setiap kali lepas guna. Maksudnya jangan guna air sabun yang sama untuk mandikan kucing & basuh-membasuh. Setiap kali siap satu tugas, buang air & bancuh air sabun baru.
9. Tadi kami pergi ke hospital veterinar yang kat tepi Jalan tun Razak tu. Dapat syampu & spray kutu ni. Malam ni sebelum tidur nak spray anak-anak bulus saya. Kata farmasis tu, ni ubat kutu yang hospital dorang guna untuk kutu kucing & anjing. Bila saya google, syampu kutu Frontline ni memang brand yang terbukti berkesan. 


Alhamdulillah Ciko bebas kutu dalam masa seminggu je. Saya mandikan dia setiap hari pakai cara diatas, dan ubat kutu yang saya beli tu cuma pakai sekali. Anda boleh lah cuba tips hilangkan kutu kucing cara mudah berkesan dan murah yang saya kongsikan ni. Of course, kutu tak hilang semuanya sekali gus selepas sekali mandi, tapi boleh nampak betapa banyak kutu yang terkorban. Kena rajin mandikan setiap hari.  Selamat mencuba!
Sumber: vitaminsaya.com



1 comment: